Sep 25, 2012

RESEPI MAKANAN BAYI - BUBUR SAYUR BERKRIM

Hari ni saya nak kongsi resepi makanan yang boleh dihidangkan kepada bayi yang baru belajar makan makanan pejal (umur dalam 8 - 12 bulan tuh)..selain bagi diorang ni makan nestum leh gak buat sendiri. ok resepinya camni...

Bahan-bahan

3 keping biskut baby yang manis skit rasanya tuh(dihancurkan)
3 cm lobak merah (potong kecik2)
1 tangkai bayam
5 ekor ikan bilis
Air suam

Cara-caranya

Rebus lobak, bayam dan ikan bilis dalam periuk. Bila dah masak kisarkan  bahan yang direbus tadi dengan biskut dan sedikir air suam. Kalo nak sedap lagi boleh tambahkan susu. Pastu leh dihidangkan terus... Senangkan!


Sep 18, 2012

PETUA ELAK SEMUT PADA BEKAS GULA

Ada beberapa petua untuk elak semut daripada masuk dalam bekas gula.

1) Salah satunya dengan menyapu sekeliling bekas gula dengan minyak insyaAllah masalah semut masuk bekas gula boleh dielakkan. Boleh juga cuba untuk elak semut masuk dalam bekas simpanan air minuman kita.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dalam bekas gula tuh..tutup rapat insyAllah semut tak datang dah..

RESEPI SPAGETI BOLOGNAISE SIMPLE

Hari ini nak kongsi resepi masakan western spageti bolognaise dengan semua. Simple tapi...sedapppp...ok ni resepinya

Bahan-bahan

1 kotak spagetti (rebus hingga empuk)
500gm daging cincang
2 ulas bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (potong dadu)

2 biji tomato (potong dadu)
1 tin sos spageti
4 biji cendawan butang

Cara-cara

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau kemudian  masukkan daging cincang dan kacau hingga masak skit..lepas tu masukkan tomato dan kacau hingga sebati...lps tu baru masuk sos spageti kemudian masuk cendawan butang. masak dengan api perlahan hingga agak pekat kemudian masukkan garam dan boleh hidangkan dengan spageti yang dah direbus tadi. hiaskan dengan keju





Sep 1, 2012

PETUA HILANGKAN JERAWAT

Jerawat adalah antara masalah muka yang selalu orng risaukan. Ye la muka akan nmpk kurang cantik kalo ada jerawat duk bertenggek kat muka ..ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba di sini....

1. Ambil beberapa biji bedak sejuk kemudian campurkan sedikit dengan serbuk kayu manis lps tu tampal kat tempat jerawat...amalkan sebelum tidor




2. ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian hancur-hancurkan . pastu gaulakn dengan bedak sejuk yang telah dicampur dgn air sikit...sapu kat muka...insyallah berkesan

3. yang ni paling paling simple dan paling berkesan kat muka saya yang pernah jerawat dulu iaitu amalkan pakai bedak sejuk sebelum tidur dan minum air suam sebaik sahaja bangun tidur...cara paling murah yang saya cuba utk hilangkan jerawat...